Monday, October 25, 2010

Baitul Muslim (part 4)


BerBaitul Muslim bukannya perkara yang hari ini terfikir dan esok sudah mahu berkahwin.

Proses ini adalah satu proses yang serius, terancang dan diputuskan oleh pasangan yang telah pun matang.

Jika antum hendak berkahwin hanya kerana semata-mata hendak mengHALALkan hubungan antum berdua yang kini tidak rasmi (contohnya: dapat keluar dan belajar bersama, dapat pegang tangan, dapat elak zina, dll) maka TUJUAN ini tidak sepatutnya menjadi sebab perkahwinan antum.

Boleh jadi semua perkara itu akan berulang-lagi jika antum tidak bertaubat dengan maksiat dan jahiliyyah dahulu itu.

......................................

Jika antum hendak berBM tetapi parents tidak membenarkan antum berkahwin lagi sekarang (masa belajar), bagi ana... maksudnya antum belum habis kerja untuk membuktikan kepada parents yang antum sudah bersedia untuk berkahwin.

Sebelum balik bercuti ini, istikharah memohon petunjuk dari Allah sama ada diri antum ini perlu/layak untuk kahwin sekarang. Mohon agar ia bukan datang dari nafsu dan tipuan syaitan.

Jika yakin, proceed untuk merancang pre-perkahwinan, proses berkahwin dan selepas akad (studies, wang dan ekonomi, anak, dakwah dan tarbiyah, masa hadapan). Buat SWOT. Semuanya mesti ditulis dan dirancang dengan details, bukan 'save' dalam otak gitu sahaja.

Kemudian proceed untuk calon antum. Istikharah moga ia adalah terbaik untuk antum hingga ke syurga demi menggerakkan lagi dakwah dan tarbiyah. Tawakkalna ala Allah.

Apabila balik bercuti, maka berbincanglah dengan parents. Parents mahu mendengar dari antum sebenarnya. Parents mahu melihat kematangan antum. Parents mahu antum ada perancangan untuk berkahwin. Parents tak mahu antum main-main dalam perkara yang besar ini.

Berbincanglah dengan mereka. Jika mereka tetap tidak benarkan, maka bersabarlah dan berdoalah agar parents terbuka hati dengan kesediaan diri antum untuk berBM ini.

Ada hikmahnya. Mungkin juga itu adalah petunjuk daripada Allah yang ia bukan masanya lagi untuk antum.

Maka, dengan itu... tinggalah si dia untuk seketika demi menjaga cinta antum dengan Allah swt. Apabila rasa sudah kembali yakin dan bersedia, mulakan kembali langkah di atas ditambah berdoa kepada Allah dengan penuh berharap agar proses kali ini dimudahkanBya. Insya Allah.

Nasihat utama ana : Elak sangat sangat sangat berkahwin tanpa kebenaran atau pengetahuan parents antum.

Thursday, October 21, 2010

Pandangan

Apabila dia masih ada rasa perkauman apabila memandang atau bermuamalah dengan non-malay, ana kira dia masih lagi bermasalah.

Kerana untuk seorang daie, non-malay sebenarnya adalah mad'u nya (objek dakwah) yang akan didakwahi untuk dibawah kepada memahami Islam.

Dan kalau dengan non-malay yang Muslim pun dia bermasalah, memang dia bermasalah sangat sangat.


Salah siapakah?
Kaum Cina dan India yang dibawa masuk oleh British telah kita tidak Islamkan mereka sejak dahulu. Maka sekarang kita melenting pula apabila mereka mula menyoal hak dan beberapa perkara yang kita rasa telah menggugat kepentingan Islam.

Tetapi, hak terbesar kita ke atas mereka, kita belum habis tunaikan...
iaitu menyampaikan Islam kepada mereka.

Di manakah kesatuan Muslimin?


Tatkala umat sedang bercelaru, hidup dipenuhi dan dilingkari dengan lumpur busuk jahiliyyah, riba dan hutang yang menjerut diri, sosial masyarakat yang semakin runtuh, fitnah-memfintah antara satu sama lain kerana politik dan kepentingan diri, rokok dan arak menjadi hiburan harian, dan bergaduh serta berperang sesama sendiri,

sehinggakan apabila masuk musolla, kelihatan semuanya mengangkat takbir seorang-seorang walaupun saling mengetahui mereka hendak solat Maghrib pada ketika itu.


Tatkala itulah fikrah ini datang...

Fikrah ini datang untuk mengembalikan ruh dalam umat Islam. Memahami, menghayati dan menghidupkan semula ruh-ruh kaum muslimin yang telah lama 'tidur' ditelan zaman.

Sungguh, fikrah ini telah berjaya menyatukan segolongan daripada umat ini untuk bekerja dan kembali hidup agar dapat mengejutkan umatnya.

Wahai para duat yang telah diberi petunjuk oleh Allah!

Bersyukurlah jika anda sudah dihidupkan!
Maka bekerjalah pula kamu untuk menghidupkan umatmu!


Wednesday, October 6, 2010

Akidah yang Sejahtera

Terdengar perbualan saudara-mara yang mengatakan;

"Tidak boleh bernikah pada bulan Muharam dan Safar. Mereka dah rujuk pakar-pakar. Pakar-pakar itulah yang menasihati mereka supaya dapat mengelak daripada bernikah pada bulan-bulan tersebut"

Terkejut saya mendengar!
Sepanjang saya mengikuti program Baitul Muslim, tidak pernah lagi terdengar ada nas yang mengatakan hal yang sedemikian rupa.

Saya membantah dan mengatakan mungkin tidak benar. Mungkin kata-kata nenek moyang sahaja dahulu.

Daripada Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram seperti yang disebut dalam hadith tentang kelebihan berpuasa dalam bulan muharram. 

Janganlah kamu mengikuti kaum fatimi di Mesir yang menjadikan bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). 

Dalam islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Pakar manakah yang dirujuk itu?

Thursday, September 30, 2010

Menggoda...

DR. Musthafa As-Siba’i rahimahullah berkata:

Saya tidak mengkhuatirkan diriku digoda oleh setan melalui maksiat secara terbuka... akan tetapi saya khuatir setan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan baju ketaatan...

Setan menggodaku dengan wanita dengan alasan kasihan kepadanya... dan menggodamku dengan dunia dengan alasan agar tidak menjadi korban gonjang-ganjingnya...

Dan menggodaku untuk berkawan dengan orang-orang buruk dengan alasan demi memberi petunjuk kepada mereka dan menggodaku untuk bersikap munafik kepada orang-orang zalim dengan alasan ingin mengarahkan mereka...

Dan menggodaku untuk membuka keburukan lawan-lawanku dengan alasan demi melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan menggodaku untuk memecah belah jama’ah dengan alasan lantang menyuarakan kebenaran...

Dan menggodaku agar tidak memperbaiki orang lain dengan alasan sibuk memperbaiki diri sendiri dan menggodaku untuk tidak beramal dengan alasan ini sudah menjadi takdir...

Dan menggodaku untuk tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah dan menggodamkuuntuk meninggalkan sunnah dengan alasan mengikuti orang-orang shalih...

Dan menggodaku agar dengan alasan demi tanggung jawab di hadapan Allah dan menggodaku untuk berbuat zalim dengan alasan demi memberikan kasih sayang kepada mereka yang terzalimi...

Saturday, September 25, 2010

Baitul Muslim (part 3)

Semua manusia yang hidup pasti inginkan seorang pasangan dalam hidupnya.Yang bukan sahaja sehati sejiwa, namun yang mengimani satu cita-cita yang sama demi melangkahi satu perjalanan yang abadi hingga ke syurga.

Pernikahan merupakan sebuah fasa hidup yang terpenting dalam hidup manusia. Selepas berlaku sebuahnya akad, lelaki yang ajnabi menjadi seorang suami yang halal bagi seorang isteri. Sebuah maksiat bertukar menjadi pahala. Seorang yang asing menjadi ahli keluarga.

Bagi seorang muslim, moment pernikahan merupakan saat terpenting kerana dirinya sudah pun menaiki anak tangga, anak tangga untuk menuju sebuah ustaziayatul alam.


Tanpa adanya unit-unit baitul muslim ini, mustahil untuk dilahirkan masyarakat muslim, apatah lagi sebuah negara muslim.

Kerana itu kefahaman dan bekalan sebelum pernikahan itu teramat penting. Pernikahan bukan terjadi atas sahutan cinta mahupun nafsu. Ia adalah gabungan kefahaman, mahabbah serta cita-cita yang sama di atas jalan ini.

Selain menyahut sunnah Muhammad dengan melanjutkan pernikahan ini, pernikahan ini penting bukan juga untuk menyambung zuriat demu meramaikan lagi umat Muhamad. Namun langkah ini diatur demi menguatkan lagi momentum dakwah serta menjadikan masing-masing lebih melaju mengalir dalam arus dakwah. Benar ujian dan cabaran pasti mendatang. Namun inilah langkah diambil sebagai usaha untuk memastikan kami berterusan menjadi orang yang diredhai oleh Allah dalam membawa risalahNya.


وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ( at-taubah: 71)

Friday, September 24, 2010

Nikmat Allah yang manakah ingin didustakan?

Setelah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan kedukaan untuk membawa dirimu keluar daripada kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam yang terang benderang, yang kemudiannya enkau merasai pelbagai kemanisan, kenyamanan, kesejahteraan dan kemuliaan dalam tarbiyyah ini...

Tiba-tiba anta berhenti....?
Malah anta menoleh-noleh ke belakang dan berpatah balik ke lubang hitam tersebut?

Ada apa di sana ya akhi?
Adakah anta lebih merasai manis 'iman' dan 'ukhwah' nya di sana?
Bukankah itu 'gula-gula' si syaitan laknatullah yang telah menipu anta dulu-dulu?

Nikmat yang Allah swt bagi untuk memahami Islam, mengecapi kemanisan Iman, mewarnai ukhhwah sesama ikhwah, anta ingin dustakan semula?

Anta telah dan pernah faham. Anta pernah melalui segala-galanya. Malah anta dulu la yang melaung-laungkan perjuangan ini.

Dan ana tetap tidak faham apa yang 'indah' di sebalik lubang hitam itu....

Sunday, September 19, 2010

Baitul Muslim (part 2)

Pada Jumaat malam lepas, ana sempat menghadiri majlis pernikahan seorang ikhwah London di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati. Ana kenal ikhwah ini sudah cukup lama iaitu sejak tahun 2000 lagi kerana kami pernah belajar di sekolah yang sama di Melaka.

Dulu dia seorang yang sangat 'lain' daripada dirinya sekarang ini. Atas kurniaan hidayah Allah dan juga usaha dakwah di tempat mana dia belajar, Alhamdulillah dia juga telah dipesongkan daripada dunia Jahiliyyah itu ke dunia sinar Islam yang terang-benderang.

Ana teringat suatu hari itu, ada seorang kenalannya di Moscow memberitahu ana yang si ikhwah ini telah tiba-tiba menjadi sangat 'ekstrem'. Itu haram, ini haram. Itu tak boleh, ini tak boleh dan lain-lain lagi.

Sebaik sahaja terdengar cerita itu, terus terfikir dalam kepala otak ana ... "erh, dia ni dah disentuh oleh dakwah ke..? biar betul...?" Ana sendiri masih tak percaya. "Mungkin tabligh kot..."

Terus sahaja ana berhubung dengan seorang ikhwah di Ireland untuk bertanyakan... 'Di London, ada tak ikhwah kita...? Siapa ya...?'

Jawapannya direct.. "ada, syed Roslan... kenapa akhi?"

Masya Allah! Sedikit mengalir air mata apabila terbaca nama itu di skrin YM....

Terus sahaja ana berYM dengannya dan Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dalam siri Jaulah Syitwaiiyah Russia kami ke UK dan Ireland pada cuti winter 2008 di London.

Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair

Moga beliau sekeuarga akan terus mantap dan semakin kencang setelah melangkah ke tangga ke-2 maratib amal.

Moga ana dan kita semua juga terus meningkatkan diri kita dengan kefahaman dan amal dakwah dalam usaha menyebarkan risalah ad-deen ini untuk seluruh umat manusia.



Alhamdulillah. Atas nikmat dan petunjuk daripadaNya, ikhwah dan akhwat telah berjaya memilih untuk mengambil langkah ini. Ia merupakan satu keputusan yang besar dalam kalendar hidup antum dan satu keputusan yang akan mengubah banyak perkara dalam hidup ini. Ia juga adalah satu fitrah penciptaan manusia dimana Allah telah menciptakan setiap jenis itu ada pasangannya. (al-zariyat: 49)

Selain menyahut sunnah Rasulullah dengan melanjutkan pernikahan ini, ia penting bukan juga untuk menyambung zuriat dalam meramaikan lagi umat Muhamad saw. Namun, setiap langkah mesti diatur dengan terbaik untuk menguatkan lagi momentum dakwah. Bahkan, memecutkan lagi arus dakwah yang dibawa oleh kedua-duanya itu.

Ujian, cabaran dan dugaan pasti akan datang tanpa dijemput. Penapisan dan pengikisan akan berlaku dan ia akan membantu dalam membentuk core yang lebih core supaya batu asas yang dibina sebelum ini tidak mudah roboh dimamah jahiliyyah dan sekutunya.

Salah satu perkara asas dan penting dalam pembinaan Baitul Muslim ini adalah pergantungan kita kepada Allah swt. Segala-galanya kita telah tawakkal dan harapkan yang terbaik dari Allah swt untuk dakwah dan tarbiyyah kita. 

Jadi, setelah kita berijab-kabul, maksudnya kita telah dengan rela hati dan bersetuju untuk menerima apa sahaja yang ada pada pasangan kita dan keluarganya. Suka atau tidak bukan lagi persoalan yang mesti diselesaikan oleh hati kita.

"Ada perkara yang kita tidak suka sangat, padahal ia baik untuk kita. Ada perkara itu kita suka sangat, walhal ia adalah tidak baik untuk kita. Dan Allah maha mengetahui segala-galanya."

Penerusan pergantungan kita kepada Allah swt tidak akan putus daripada awal hinggalah ke akhirnya kerana apa pun berlaku, kita sangat berserah kepada Allah swt.

Dengan menilai dan muhasabah diri kita tatkala berlaku permasalahan, kita akan dapat mengenal pasti yang puncanya adalah kerana kita sendiri tidak dekat dengan Allah. Bagaimana kita hendak cinta dan kasih sayang kepada makhluk ciptaan Allah, sedangkan dengan DIA pun kita tidak bercinta...?

Semoga yang akan mahupun yang telah melalui tingkat kedua maratib amal ini akan terus mempunyai rasa bergantung kepada Allah swt, bukannya kepada ilah-ilah yang lain.

Wallahualam.

Thursday, September 2, 2010

Mari Memburu Laylatul Qadar

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT : 
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) . 
 
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
 
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim
 
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman
 
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. 
 
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih. 
 
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
 
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?. 
 
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. 
 
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
 
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450). 
 
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
 
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 ) 
 
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
 
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
 
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
 
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" 
 
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim) 
 
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. 
 
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya. 
 
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
 
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : 
 
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
 
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
 
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
 
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut. 
Insya Allah!

Saturday, August 14, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt atas kurniaan nikmatNya dan kesejahteraan untuk tiba ke Ramadhan pada tahun ini.

Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewanya Allah bagi kepada hamba-hambaNya dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup manakala segala amalan ibadah dilipatgandakan ganjarannya.

Kalau dalam dunia hari ini kita ada MEGA SALE iaitu dapat membeli barang-barang dengan harga yang murah, tapi MEGA GANJARAN daripada Allah jauh lagi besar MEGAnya dan manfaatnya kepada yang berusaha melipatgandakan amalan-amalannya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Dalam Ramadhan juga tedapat satu malam yang sangat bernilai harganya iaitu LailatulQadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Masya Allah.

Ramadhan juga adalah bulan madrasah. Kita masuk bulan ini untuk mentarbiyyah dan membina diri kita. Melawan nafsu, Istiqamah dalam membaca Quran dan Solat Sunat, Qiamulail, Zakat, Besedekah dan banyak lagi hikmah lain yang sudah tentu kita pernah hafal semasa SPM di sekolah dahulu.

Sebulan di-madrasahkan adalah untuk kita, dan apabila keluar dari Ramadhan, kita nanti akan mengharungi bulan-bulan lain sepanjang tahun dengan diri sudah terbina kekuatan dan amalan yang istiqamah. Insya Allah.

Jika 30 hari dalam bulan ini disia-siakan, adakah pasti kita akan menemuinya lagi pada tahun akan datang? 

Untuk seorang daie, bulan ini pasti dimanfaatkannya gila-gila samada dari segi mutabaah amalannya dan juga amal dakwahnya. Peluang yang ada untuk dakwah terutamanya kepada famili dan saudara-mara sendiri mesti digunakan kerana bulan inilah kita akan dapat meihat mereka yang mencari kebaikan dan mengandakan ibadah. Mesti ada potensi besar untuk didakwahi.

Bagi sorang daie, dia juga yakin dan beriman dengan segala yang telah dijanjikan oleh Allah swt 

Baik selamat ber-Ramadhan para mujahid ya ikhwati wa akhwati!

Sunday, July 4, 2010

Haarithun ala Waqtihi

Ia adalah salah satu sifat daripada 10 muwasafat seorang Muslim yang kita ingin tekankan dalam tarbiyyah ini.

Mendengar sahaja perkataan ini, teringat diri ini yang masih banyak kali gagal dalam menjaga masa malah juga menepati masa. Walaupun ana tahu banyak kerja dan tugasan yang MESTI dilaksanakan, disiapkan dan dipenuhi, tetapi akibat tidak mahir dalam mengurus masa, beberapa perkara masih tertangguh atau terbengkalai terus. Kadang-kadang masa untuk hal A terlebih makan masa hal B. Maka, hal B pun tak dapat disiapkan apabila terpaksa pula beralih ke hal C.
  • Mesti ada planning mingguan!
  • Mesti ada jadual harian!
  • Mesti ada priority!
  • Mesti kena disiplin!
Itu sahaja tips yang dapat ana pelajari daripada kerugian masa yang telah dialami.

Dahulu waktu dalam semester, kita ada bagi alasan sibuk untuk fokus belajar. Dan apabila dekat dengan exam pula, kita bagi alasan sibuk untuk persiapan exam.

Sekarang macam mana ya akh? Waktu free banyak dahkan? 

Dimanakah janji-janji kita terhadap perkara yang tak dapat kita tunaikan sewaktu kita 'busy' dahulu? Di mana hafazan kita? Dimana buku-buku fikrah, sirah, muntalaq kita? Di mana mp3 kita? 

Masih ingin disimpankah sehingga semester baru menjelma?

Susunlah masa kita ya ikhwati wa akhwati. Jangan bazirkan masa-masa harian kita pergi belalu begitu sahaja.

Umat ini sangat berharap kepada kita.
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

Sunday, May 30, 2010

Rokok Mayat

Sang Pembunuh


"Mungkin seruan ini sepatutnya tidak lagi ditujukan kepada ikhwah atau akhwat kerana mereka tidak layak untuk menjadi ahli rokok mayat.

Tapi, jika enta atau enti masih bermasalah dengan si pembunuh ini, ia layak untuk antum.

Antum menempah maut! Antum cuba untuk membunuh diri!"


Seruan ini antum boleh laungkan kepada ayah, mak(mungkin), abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara-mara antum, jiran-jiran, malah kawan di sebelah meja untuk sama-sama sedar akan kehadiran si pembunuh ini.

Mereka mampu untuk meninggalkannya! Dan antum pun mampu untuk menyerukan kepada mereka!

Kalau kita sayang mereka, jangan bagi si pembunuh ini terus tersebar untuk membunuh orang-orang yang kita sayangi itu.

Cukup sudahlah mereka menghisap asap yang tak ada gunanya itu.

Jom pujuk mereka berhenti!

tag: no smoking, katakan tidak, rokok haram, rokok bunuh, killer, dilarang merokok.

Thursday, May 27, 2010

The Defenders of Da'wah

Kirim Print

Manusia adalah unsur inti daripada kehidupan. Peningkatan dan pengembangan Sumber Daya Manusia (SDM) sentiasa menjadi isu penting bagi semua organisasi. Bahkan di saat teknologi dianggap sebagai parameter sebuah negara untuk dikatakan maju, SDM tetap menjadi persoalan penting yang diyakini mempengaruhi secara signifikan eksistensi sesebuah negara tersebut dalam peradaban dunia. “The man behind the gun”, begitulah orang barat sana membahasakan betapa pentingnya unsur manusia disamping teknologi. Bagaimanapun canggihnya teknologi itu, ia tidak akan bermanfaat apabila tidak ada manusia yang pandai menggunakannya. Bahkan ia dapat menjadi bencana apabila manusia menyalahgunakannya.

Daripada sini, terdapat dua kata kunci tentang SDM ini. 

Pertama, dan ini yang terpenting, adalah persoalan pembentukan keperibadian manusia, sehingga ia tak menyalahgunakan apa pun yang berada ditangannya. 

Kedua, peningkatan kemampuan, kompetensi dan capability manusia yang sesuai dengan bakat, minat dan speciality-nya. 

Pengembangan yang berlaku dalam teknologi, metodologi atau apa pun tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak diiringi dengan peningkatan kemampuan manusianya. Ringkasnya, kita dapat mengatakan bahawa teknologi, metodologi dan sejenis dengannya hanyalah 'tools atau alat' dan manusialah yang menentukan apakah ia bermanfaat atau justeru menjadi bencana.

Dua aspek penting yang terkait SDM, pembentukan keperibadian dan peningkatan kemampuan manusia inilah yang menjadi core kerja tarbiyah kita. Keduanya harus berjalan seiring dan seimbang.

Jadi kerja tarbiyah intinya adalah membentuk keperibadian manusia secara bertahap sehingga menjadi peribadi yang dikhendaki oleh Allah swt dan Rasul-Nya, lalu meningkatkan kemampuannya hingga menjadi kader yang mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dalam rangka mengembalikan kejayaan Islam dan kaum muslimin.

Di sinilah letak persoalannya. Tarbiyah merupakan metodologi, cara, sarana, alat atau tools. Tarbiyah memerlukan unsur lain agar dapat diaplikasikan. Kita asume-kan unsur lain itu adalah manhaj, idarah (manajemen), Murabbi dan Mutarabbi.

Mari kita renungkan dengan lebih dalam... 

Untuk aspek manhaj, kita sudah memilikinya. Bahkan untuk menjaga ta’shil (orisinalitas) dan mengikuti perkembangan lapangan, manhaj tarbiyah terus di-evaluasi dan di-revisi secara berkala. 

Lebih jauh, seluruh kader dapat secara langsung memiliki dan meng-akses manhaj itu karena telah dibukukan. Untuk aspek idarah pun demikian, kader dapat meng-akses sistem itu dengan mudah, apalagi idarah ini bukanlah suatu konsep yang sulit dan rumit bagi rata-rata kader.

Tetapi sebagaimana “kaedah” di awal tulisan ini, betapapun bagus dan lengkapnya manhaj atau idarah yang dimiliki, ia tidak akan bererti apa-apa jika tidak ada yang mampu dan mahu mengaplikasikannya. Jadi, suka atau tidak suka kita harus kembali kepada pentingnya unsur manusia (dalam konteks ini adalah Murabbi dan Mutarabbi) untuk membuat tarbiyah berjalan dengan baik.

Maka, upaya men-revisi manhaj dan idarah harus diiringi dengan upaya penyiapan dan peningkatan kemampuan para Murabbi. Ini karena para Murabbi adalah “The man behind The Manhaj and The Idarah”

Lalu, siapa yang bertanggung-jawab untuk menyelenggarakan program penyiapan dan peningkatan kemampuan para Murabbi? Ya, jawabannya adalah struktur yang memiliki program tersebut. 

Dan siapa yang berada di struktur itu? Manusia juga kan? Maka upaya yang harus dilakukan juga adalah meng-upgrade-kan mereka yang berada di struktur tarbiyah hingga mempunyai kemampuan dan kemahuan melaksanakan program yang menjadi tanggungjawabnya.

Demikianlah persoalan ini akan saling terkait satu dengan lainnya. Tetapi pada intinya, faktor manusia (kader) sentiasa menjadi yang sangat signifikan untuk mempengaruhi keberhasilan dakwah, bersama faktor tools lainnya tadi.

Tengoklah sejarah. Keberhasilan dakwah Rasulullah boleh dikatakan sangat didokong oleh dua faktor SDM, disamping tentu saja faktor bimbingan manhaj Alllah SWT. 

Faktor pertama adalah beliau sendiri sebagai SDM Murabbi yang handal, dan faktor kedua yang tak boleh diabaikan, adalah adanya SDM mutarabbi kader-kader yang berkualitas, yang dalam istilah Syaikh Sayyid Quthb disebut sebagai al-Jiil al-Qur’an al-Fariid (Generasi Qur’ani Yang Unik). Itulah Abu Bakr ash-Sidq, Umar bin Khaththab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Amr bin Yasir, Abdullah bin Mas’ud dan masih banyak lagi. Merekalah generasi shahabat Rasululllah SAW yang mempersembahkan hidup mati mereka demi tegaknya izzul Islam wal muslimin.

Jadi, jika ingin meraih kembali kemenangan dakwah, kita harus membenahi kader disemua jenjang dan lapisnya. Kader jajaran pimpinan, kader fungsionaris struktur, kader yang berada di lembaga legislatif atau eksekutif, kader kepala daerah, kader birokrat, kader profesional, kader Murabbi dan kader Mutarabbi, semuanya harus dikukuhkan secara terus menerus tarbiyahnya. 

Consequency-nya adalah program-program yang berorientasi pada pengokohan tarbiyah kader harus menjadi prioritas kita agar kader memiliki energi yang dahsyat untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan agar Allah memberikan pertolongan-Nya. Maka dengan kekuatan kader dan pertolongan Allah, insya Allah dakwah ini akan mengembalikan izzul islam wal muslimin.  

Allahu Akbar!

Saturday, May 22, 2010

Obsess



Ada satu peristiwa dalam Perang Khandak dimana para sahabat tidak dapat memecahkan sebuah batu besar semasa mereka sedang menggali tanah untuk menyiapkan sebuah parit yang besar mengelilingi kota Madinah. Parit itu dibina sebagai satu strategi tentera Islam dalam menghadapi musuh.

Setelah ramai yang mencuba untuk memecahkan batu itu, akhirnya mereka pun mengadu dan meminta kepada murabbi agung mereka, Rasulullah s.a.w untuk membantu mereka.

Rasulullah s.a.w datang turun menolong memecahkannya. Pada setiap kali pukulan baginda, terpancar cahaya yang menggambarkan istana-istana

Pukulan pertama...
Kedua....
Ketiga...

Semua istana itu akan dibuka oleh Islam kelak.

Dan ternyata ia menjadi kenyataan.

------------------------

Rasulullah s.a.w pernah ditanya, antara Rom Timur dan Rom Barat, kota Rom mana yang akan dibuka dahulu?

Rasulullah menjawab Rom Timur yakni Konstatinople @ Istanbul.

------------------------

Sahabat bertanya "bilakah ia akan dibuka?"

Rasulullah menjawab yang membukanya adalah daripada sebaik-baik ketua kepada sebaik-baik tentera.

------------------------

Hadis-hadis yang tidak asing lagi kita mendengarnya ini pernah menjadi obsesi para sahabat, tabiin dan seterusnya hingga ke Sultan Muhammad Al-fatih untuk membuka Konstatinople.

Sehinggakan ada seorang sahabat meminta dikuburkan jasadnya di depan pintu pagar kota konstatinople itu. Kerana apa? Kerana beliau ingin mendengar deruan aki kuda tunggangan pasukan sebaik-sebaik tentera itu dan ketuanya sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.

Begitulah obses sahabat untuk menyebarkan Islam. Obeses sahabat meyakini kata-kata Rasulullah. Dan ia ternyata benar berlaku.

Pesanan Mujahidin Palestin.

Teringat pesanan mereka yang disampaikan melalui Prof Ikram kepada kita program winter lepas, supaya tidak dapat tidak Halaqah dan Usrah itu mesti tetap berjalan.

Di mana-mana dan bila-bila masa...
Selagi ada ruh pemuda-pemuda yang mencintai islam itu, selagi itulah halaqah-halaqah ini mesti dan akan wujud.

Kita sangat obses dengan usrah kita sebabnya kita sangat yakin dengan jalan ini. Inilah jalan yang terbaik untuk membaiki ummah, jalan yang terbaik untuk menyatukan ummah dan jalan terbaik untuk mengembalikan Islam itu ke tempat asalnya dan menjadi rahmat kepada seluruh alam ini. Akan tercurah segala kebaikan dan kesejahteraan Islam kepada seluruh penduduk muka bumi sepertimana ia telah dirasai oleh nenek moyang kita ratusan tahun yang lepas.

Jalan bermula dengan islah (perbaikan) diri membentuk individu Muslim. Kemudiannya, daripada ramai-ramai individu, akan terbentuk pula Baitul Muslim, seterusnya Masyarakat Muslim, Daulah Islamiyah, Kerajaan Islam, Empayar Islam dan akhir sekali Islam menjadi Ustaziatul Alam.

Oleh itu, ikrar kita ini mestilah hadir dengan perilaku kita
.

Obses kita mesti mengatasi segala obses-obses lain yang pernah atau masih sedang kita obsesi.

Umpama jika dulu kita pernah obses atau gilakan Manchester United, tapi oleh kerana ia tidak memberi apa-apa faedah kepada Islam, kita tinggalkannya.

Kita memberi 100% obsess kita hanya untuk Islam, hanya untuk dakwah dan tarbiyah dan hanya untuk usrah ini.


Tidak salah untuk kita obsess yang Islam akan kembali menjadi Ustaziatul Alam semula sepertimana Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya mengobsesi dan mengimani kata-kata Rasulullah saw tapi dengan syarat kita mestilah menjadi batu-bata yang membinanya di bawah bermula daripada sekarang.

Ya, kita sangat obses yang kemenangan itu adalah untuk al-Haq, untuk Islam.


**obsess:
- to dominate or preoccupy the thoughts, feelings, or desires of (a person);

Thursday, May 20, 2010

Formula

z = F(x) . y

apa maksudnya ?

Teka-teka...

(jawapan mesti dalam konteks DnT)

=)

Friday, May 7, 2010

Kerja UTAMA Kita

Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat, marilah kita saling memperingati akan tugas UTAMA kita. Apabila dikatakan UTAMA, maka tiada lain yang lebih UTAMA dari pekerjaan ini. Dan menjadi satu kewajipan pada setiap kita untuk melakukannya jika kita telah beriman dengan fikrah ini.

Marilah kita terus membina rijal…

Sentiasa…
Di mana jua…

Rijal yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai kuli dakwah.
Rijal yang sentiasa serius dalam kerja-kerja dakwah yang dilakukannya.

Rijal yang akan bertahan dengan segala rintangan di jalan dakwah walaupun dia keseorangan. Rijal yang sentiasa mengatasi segala keuzurannya untuk sentiasa memenangkan dakwah.

Rijal yang akan ke hadapan menghulurkan bantuan tanpa disuruh apabila dakwah memerlukan. Rijal yang akan menggempur medan yang tandus untuk menghidupkannya dengan tarbiyah dan melahirkan rijal yang baru.

Rijal yang hidupnya adalah dakwah, menjual seluruh dirinya kepada ALLAH. Meleburkan dirinya di dalam dakwah, sehingga tidak ada lagi dirinya… yang ada hanya dakwah.

Sokongan orang ramai, pengaruh dan kuasa bukan faktor UTAMA kemenangan islam. Sebagaimana SQ mengingatkan kita…

“Janganlah sambutan orang ramai itu melalaikan kamu dari menyusun barisan dalaman kamu dan dari menyediakan rijal yang mampu menghadapi segala kesukaran dan dapat bertahan lama.”

Kita takkan selamanya di medan ini. Cita-cita kita terlalu tinggi sehingga menjangkau usia kita sendiri. Lalu, siapa yang akan menyambung cita-cita ini setelah pemergian kita?

Tajarrud! Ramai orang mengatakan kita harus tajarrud. Tajarrud semaksimum mungkin. Tapi berapa ramai antara kita yang tajarrud pada hakikatnya? Pada fikiran, lisan, hati dan perbuatannya. Pada setiap keputusan penting yang dibuat di dalam hidupnya.

Sehingga menjadikan hidupnya sentiasa fleksibel untuk dakwah.
Bukan lagi dakwah yang harus fleksibel dengan kehidupannya.

Bayangkan KITA yang tajarrud… alangkah indahnya.

Amiruddin Hamidun.
6 Mei 2010, 2.18 pagi
Nice, France

source: blog Amiruddin


ps :
Terus bekerja dangan kerja UTAMA KITA wahai ikhwah dan akhwat semua !
Cahaya di hadapan semakin terang
dan kejayaan semakin hampir untuk Islam !

Walau merangkak KITA tetap akan melangkah menuju ke sana !
Menjadikan Islam kepada Ustaziatul Alam !

Saturday, May 1, 2010

Saksikan bahwa Aku Seorang Muslim




Alhamdulillah, baru sahaja habis membaca buku ini. Tengok tajuknya sahaja ana pasti antum juga terasa hendak membacanya dan mengetahui apa isi yang nak disampaikan oleh penulis ini, akh Salim A. Fillah.

Points, huraian serta analogi dan kaitan daripada sirah atau peristiwa semasa sangat-sangat jelas dalam memberi sentuhan kepada sesiapa yang membacanya. Bahkan tema-tema dalam subtopik yang dibawanya juga adalah untuk kita lebih memahami Islam dalam kehidupan seharian kita, memahami dalam mencari identiti seorang muslim, bahkan huraian kepada peranan-peranan kita sebagai seorang muslim yang telah kita hadami.

Cubalah dapatkannya! Pasti antum juga akan menikmati helaian demi helaian isi kandungannya. Dan ana rasa sesuai sangat untuk para daie yang baru atau lama untuk membacanya. Bahkan banyak teladan kepada kita semua yang sudah berada atas jalan dakwah dan tarbiyah ini untuk digarap, dimuhasabahkan dan diperiksa-periksa apa yang kita lakukan hari-harian kita.

Saya sengaja melambatkan bacaan kerana setiap ayat dan perenggan seolah-olah sangat terasa kelazatannya dan mesti dihayati dengan sebaiknya. Malah hingga hari ini masih terngiang-ngiang ayat-ayat yang dilontarkan dalam penulisannya itu. Gaya bahasanya yang ringan dan huraian yang simple insya Allah akan memahamkan lagi apa points yang ingin disampaikannya.

Tapi, awas... mungkin ada beberapa perkataan indonesia yang susah nak difahami. Kalau tak faham, check dengan ikhwah/akhwat yang tahu selok belok bahasa indonesia. Apa pun, ana rasa insya Allah mostly akan faham je ayat-ayat tu walaupun ada satu dua perkataan yang mungkin antum tak tau maksudnya.

Nak cerita sinopsis... Nanti tak aci la kan, baik antum baca... :p

Antara kalimat beliau dalam buku “Saksikan bahwa Aku Seorang Muslim” ini...

"Menjadi muslim adalah menjadi kain putih. Lalu Allah mencelupnya menjadi warna ketegasan, kesejukan, keceriaan, dan cinta; rahmat bagi semesta alam. Aku jadi rindu pada pelangi itu, pelangi yang memancarkan celupan warna Ilahi. Telah tiba saatnya, derai berkilau Islam tak lagi terpisahkan dari pendar menawan seorang muslim. Dan saksikan, bahwa aku seorang muslim."

Ok, Selamat Membaca!

Sunday, April 11, 2010

Pergi keluar 'bekerja'




Seorang dai'e..
apabila sudah terlalu selesa di rumah...
sudah malas untuk keluar berdakwah..

banyak penyakit yang datang menyerang..
kerana sudah tidak memikirkan hal ummat...
lalu terus memikirkan tentang diri sendiri..
tentang perasaan sendiri,,,,
perkara yang remeh...

syaitan mula memainkan tugas,penyakit hati datang menyerang...
cemburu melihat prestasi pendakwah yang lain...

walhal, jika selalu keluar berdakwah..
kepala akan sentiasa memikrkan tentang masalah ummat..
tidak ada masa untuk memikrkan tentang diri sendiri...
bahkan itu menjadi satu nikmat yang tak terhingga apabila kepenatan keranaNya..
nikmat rahmat dariNya..

Walaupun zahirnya kepenatan, zahir masih terpancar senyuman bahagia...
bahagia dengan nikmat ukhuwah yang DIa berikan..
Ukhuwah hanya keranaNya..
bahagia dapt berbakti kepada agamaNya..
agama Dia yang haq..
agama milik Al Khaleeq yang harus kita tunaikan...

Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk(yang tidak turut berperang)tanpa mempunyai uzur(halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan derajat orang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).Kepada masing2,Allah menjanjikan pahala yang baik(syurga) dan Allah melebihkan orang2 yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar(4:95)

"Dakwah adalah pilihan bukan pelarian
Dakwah adalah perjuangan bukan profesi
Dakwah adalah menyeru bukan kompromi atau toleransi buta
Dakwah adalah berpihak pada yang hak bukan yang batil
Dakwah adalh memberi peringatan dan kabar gembira bukan hiburan yang bikin orang ketawa
Dakwah adalah berterusan bukan sesaat
Dakwah adalah mengingatkan penguasa yang zalim bukan bungkam atau tunduk pada kepentingan
Dakwah adalah membentuk karakter pada kader bukan mengumpulkan massa untuk kepentingan suara
Dakwah adalah ikhlas,sabar dan istiqamah bukan tergesa-gesa dan cepat putus asa"




semoga kita dapat menjaga hidayah yang telah diberikanNya kepada kita,insyaAllah:)

Monday, March 29, 2010

Sayonara Jahiliyyah

Salam wrt.

Ana sendiri tidak pernah mendapat tajuk ini.

Tapi dulu-dulu bila ana tengok tajuk ini sebenarnya sudah terfaham apa tujuan dan matlamatnya.

Dan tadi, apabila melihat manila-kad yang tertulis macam-macam tentang jahiliyyah yang dibincangkan oleh adik-adik itu, ternampak segala yang mereka luahkan dan persembahkan itu adalah daripada apa yang mereka kenal dan faham apa itu maksud jahiliyyah.

Ana yakin yang masing-masing akan cuba mengikis karat-karat jahiliyyah itu dan mengosok segala daki-daki Jahiliyyah yang memang masih kuat melekat kat diri sendiri sendiri.

Siapa pun tak terkecuali akan ada sedikit jahiliyyah pada dirinya.

Even Rasulullah pun pernah menegur Abu Zar kerana mengejek Bilal dengan gelaran "Hai anak orang kulit hitam"


Insya Allah, kita yakin yang di jalan tarbiyyah inilah kita akan cuba untuk membersihkan, menjulurkan dan membuang segala kotoran yang kita telah terbawa hingga ke hari ini.


СКАЖИ НЕТ ДЖАХИЛИЮ!

Sunday, February 28, 2010

Jaga hati daripada tercondong


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (3:8)

Kadang-kadang kita ada mendengar ikhwah yang dulu-dulu disentuh dengan tarbiyyah lebih awal daripada kita dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dakwah sedikit-sedikit semakin menjauhi dan menghilangkan diri.

Apa sudah jadi sebenarnya?
Salah murabbinya tidak follow up?
atau Salah dirinya sendiri yang tidak cuba membaiki diri dan beramal dengan konsisten?

Sungguh, Hidayah itu milik Allah swt. Dia berhak untuk memberi kepada sesiapa yang Dia suka.

Si Murabbi tidak dapat tidak mestilah sentiasa mengetuk pintu hati mutarabbinya yang bermasalah itu.

Si Mutarabbi itu pula, tidak dapat tidak mestilah cuba membuka sendiri hatinya supaya disinari dengan cahaya Allah swt.

Begitu juga si Daie dengan madhunya kerana Daie ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan dan mengajak madhunya kepada Islam.

Dan hati yang FAHAM tapi sudah mula condong kepada Jahiliyyah akan mudahlah terus tertarik kepadanya sedikit demi sedikit. Lama-lama terus menjadi seperti orang yang tidak pernah FAHAM. Na'uzubillahiminzalik.

Hati-hatilah menjaga hati.
Kerana Allah sentiasa tahu segala isi hati.

Friday, February 26, 2010

Penyaksian yang akan dipersoalkan

فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ

Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu.

(Al-A’raf 6)



Rasul telah menyampaikan dan melunaskan segala amanahnya.

Kita pula bagaimana?

Ada hujahkah kita untuk mengatakan kita sudah menyampaikan?
Adakah kita ingin menyimpan, memendam dan menyorokkan kebenaran yang kita telah saksikan?


Tuesday, January 26, 2010

Agar tak kufur dengan nikmat ini

Kita yang sudah berada dalam sistem tarbiyah ini sepatutnya lebih menghargai nikmat iman dan islam serta kefahaman dan penghayatannya yang telah diberikan Allah kepada kita.

Banyak caranya termasuklah menyampaikan apa yang kita telah fahami kepada orang lain dan juga kita istiqamah mengamalkan apa yang kita telah pelajar dan fahami.

Temepelak daripada Allah swt kepada kita jika tidak bersyukur dengan nikmat-nikmatNya :

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah dia (dengan sikap tidak bersyukur): Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata) dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!

Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya."

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar."

daripada Surah Fussilat

Salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah adalah dengan melaksnakan fungsi diri kita sebagai seorang manusia ini; hamba kepada Allah swt dan khalifah Allah dalam menjaga bumi ini.

insya Allah.

Monday, January 25, 2010

Mutabaah Amal


Pada setiap kali liqa usrah kita, salah satu slot yang mesti ada adalah Mutabaah Amal. Ia adalah satu sistem untuk sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah kita dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.

Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor juga kepada ahli liqa kita yang lain. Jika berkurang, Alhamdulillah juga. Insya Allah, selepas itu kita akan dapat tahu etiology-nya yang membuat kita malas dan futur.

Tidak kira waktu sibuk, waktu exam ataupun waktu cuti, amal yang telah di-plan mestilah dilaksanakan. Insya Allah, dengan amal-amal inilah (walaupun sedikit-sedikit, tapi ikhlas) akan memberi saham kepada kita untuk kita terus kuat dan tsabat berada di jalan ini dalam mengejar Redha Allah.

Once kita dah start bermalas-malasan.... Ia sebenarnya adalah peluang untuk si syaitan menerjam hati kita. Syaitan dan Al Hawa dalam diri ini akan cepat sahaja menarik kita ke jalan salah. Nauzubillah.

"Mutabaah Amal ini bukannya satu beban, malah satu keperluan"