Sunday, May 31, 2009

Study Kita

Tawakal adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Rasulullah bersabda,
"Sungguh, seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang."
(HR. At-Tirmidzi).

Hadits di atas menjelaskan bahawa barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya dia akan dilimpahi rezeki yang cukup sepertimana burung-burung itu yang pergi pagi dalam keadaan perut kosong itu dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.

"Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya" (Ath-Thalaq: 3).

Tawakkal itu tidak bererti berpangku tangan dan meninggalkan usaha yang bersungguh-sungguh. Justeru, usaha bersungguh-sungguh itu termasuk daripada sebahagian tawakkal itu sendiri. Sepertimana burung dalam hadis itu, burung itu bertawakkal tetapi ia tetap berangkat pagi-pagi hari untuk mencari rezekinya pada hari itu.

Ana menulis ini bukanlah kerana ana adalah seorang pelajar yang selalu mendapat 'pyat' dalam semua exam dan subjek, tetapi ia cukup sebagai satu muhasabah untuk kita semua bagi menilai diri dalam memupuk dan membentuk sifat Takwa dalam diri sendiri.

Apa yang ana selalu perhatikan, akhwat biasanya tidak adalah masalah sangat dalam hal akademik, tetapi untuk ikhwah - jelas nampak masih banyak lompong-lompong yang perlu diperbaiki.

Sunatullah dan Syariatullah

Bagi ikhwah dan akhwat yang sudah faham, hendak mencapainya tidak cukup dengan setakat study hard siang malam 24 jam sahaja, tapi mestilah juga smart - berkumpulan, berstrategi, berdiskusi, bermentor dan pelbagai lagi metod.

Preparation awal, notes yang lengkap dan senang difahami, soalan-soalan, dan latihan-latihan kefahaman juga adalah antara faktor penting yang akan dapat membantu.

Revising itu juga mestilah serius dan betul-betul supaya kita ini sudah betul-betul prepared untuk sesuatu exam itu.

Kemudian, barulah kita boleh melangkah ke tempat peperiksaan dengan yakin dan bergantung semata-mata hanya kepada Allah swt.

Kalau di Rusia ini, ana rasa kita ada dua perkara yang penting untuk kita doakan dan berharap sangat-sangat pertolongan daripada Allah swt iaitu - Variant Soalan dan Variant Cikgu (Cikgu mana yang kita akan berdepan).

Jadi, bertawakkalah sepenuhnya agar Allah permudahkan dengan mendapat variant yang terbaik untuk kita jawab.

Usaha itu merupakan satu Sunatullah. Maksudnya, Allah sediakan jalan atau cara kepada manusia untuk mencapai sesuatu supaya manusia itu tidaklah pening-pening kalau hendak buat sesuatu. Maka untuk berjaya dalam exam, Sunatullahnya adalah dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh seperti yang kita bincangkan di atas itu. Begitu juga kalau demam, Sunatullahnya adalah telan Paracetamol.

Tetapi, tak semua yang kita target dan telah berusaha kita selalu akan dapat. Kadang kala, apa yang kita hendak itu kita tak dapat.

Kita kena ingat yang Allah sebenarnya menilai kita bukan atas hasil atau natijah yang kita dapat, tetapi sebenarnya daripada apa yang kita telah usahakan.

Dan sebab itulah kita kena bertawakkal dengan sungguh-sungguh, supaya apa sahaja keputusan yang kita dapat itu nanti kita sendiri dapat merasainya yang itu adalah daripada Allah dan kita redha denganNya.

Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah, 2: 216)

Ada pula yang berkata,
"Di Rusia ini, study last minute pun boleh dapat 'pyat' dan study 'gila-gila' pun tak semestinya dapat 'pyat'. Ikut nasib la. Kalau kau dapat variant OK, dapat cikgu OK, dapatlah kau pyat!"

Jadi, KITA ini nak pilih jalan yang mana ye? Nak study last minute ke?

Bagi orang yang kurang berusaha tetapi mendapat markah cemerlang tambahan pula dipuji-puji lagi orang ramai, mengapa kita hendak rasa dengki dan marah pula?

Mungkin yang lebih teruk lagi daripada kalangan kita sendiri - kita kata kita sudah prepared + doa + solat hajat dan bertawakkal kepada Allah sungguh-sungguh. Tetapi, tiba-tiba ketika dalam exam kita tanya kawan sebelah "psst.. ni apa ye jawapannya?" Tak pun, ada toyol dalam poket.

Astagfirullah! Kita kata kita sudah bergantung kepada Allah pada waktu itu, tetapi kenapa kita masih mencari cara yang lain? Bukankah kita sudah menolak pergantungan-pergantungan lain sebelum melangkah ke tempat exam itu?

Ayat 7 daripada Surah Muhammad bukanlah alasan untuk kita katakan kita ini akan dijamin oleh Allah swt kerana ia akan boleh menggambarkan sikap acuh tak acuh kita dalam akademik.

Sebaliknya, ia sebenarnya boleh mencemarkan agama Allah ini berbanding dengan menolong agama Allah. Pintu-pintu kepada fitnah musuh-musuh Islam dan Dakwah kita akan lebih terbuka luas apabila kita gagal dalam bidang akademik ini.

Ana suka menambah satu lagi ayat Quran sebagai penguat untuk kepada kita - surah Ar-Rad, 13; 11 :

"Allah takkan ubah nasib satu kaum melainkan kaum tu sendiri mengubah diri mereka sendiri".


Insya Allah. Setiap kesusahan akan ada kesenangannya.

Mari kita berjihad dengan sebenar-benar jihad, dan mendoakan semoga Allah memberi kita hidayah, kekuatan, kesihatan, kemudahan untuk faham dan hafaz, dan keberkatan.

Semoga kita dapat memanfaatkan alat yang diberi dan dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita ini dengan sepenuhnya agar dapat disumbangkan kepada kejayaan Dakwah Islamiyyah kita dan seterusnya mencapai Mardhatillah.


Friday, May 15, 2009

Bismillah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang,

Assalamualaikum ikhwah dan akhwat,

Sedikit yang ana nak share dalam bentuk penulisan untuk dakwah dan tarbiyah kita.

Semoga tulisan-tulisan di sini sedikit sebanyak dapat menjadi manfaat bagi mengingatkan kita, membetulkan kita, dan membentuk kita untuk menjadi kader-kader Muslim yang hebat dalam mengejar hidup mencari Redha-Nya.

Tuan tangan yang menaip ini sepatutnya akan lebih teringat dengan apa yang ditulisnya.

Insya Allah.

Afiq
May 09
Moscow