Tuesday, January 26, 2010

Agar tak kufur dengan nikmat ini

Kita yang sudah berada dalam sistem tarbiyah ini sepatutnya lebih menghargai nikmat iman dan islam serta kefahaman dan penghayatannya yang telah diberikan Allah kepada kita.

Banyak caranya termasuklah menyampaikan apa yang kita telah fahami kepada orang lain dan juga kita istiqamah mengamalkan apa yang kita telah pelajar dan fahami.

Temepelak daripada Allah swt kepada kita jika tidak bersyukur dengan nikmat-nikmatNya :

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah dia (dengan sikap tidak bersyukur): Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata) dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!

Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya."

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar."

daripada Surah Fussilat

Salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah adalah dengan melaksnakan fungsi diri kita sebagai seorang manusia ini; hamba kepada Allah swt dan khalifah Allah dalam menjaga bumi ini.

insya Allah.

Monday, January 25, 2010

Mutabaah Amal


Pada setiap kali liqa usrah kita, salah satu slot yang mesti ada adalah Mutabaah Amal. Ia adalah satu sistem untuk sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah kita dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.

Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor juga kepada ahli liqa kita yang lain. Jika berkurang, Alhamdulillah juga. Insya Allah, selepas itu kita akan dapat tahu etiology-nya yang membuat kita malas dan futur.

Tidak kira waktu sibuk, waktu exam ataupun waktu cuti, amal yang telah di-plan mestilah dilaksanakan. Insya Allah, dengan amal-amal inilah (walaupun sedikit-sedikit, tapi ikhlas) akan memberi saham kepada kita untuk kita terus kuat dan tsabat berada di jalan ini dalam mengejar Redha Allah.

Once kita dah start bermalas-malasan.... Ia sebenarnya adalah peluang untuk si syaitan menerjam hati kita. Syaitan dan Al Hawa dalam diri ini akan cepat sahaja menarik kita ke jalan salah. Nauzubillah.

"Mutabaah Amal ini bukannya satu beban, malah satu keperluan"