Sunday, February 28, 2010

Jaga hati daripada tercondong


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (3:8)

Kadang-kadang kita ada mendengar ikhwah yang dulu-dulu disentuh dengan tarbiyyah lebih awal daripada kita dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dakwah sedikit-sedikit semakin menjauhi dan menghilangkan diri.

Apa sudah jadi sebenarnya?
Salah murabbinya tidak follow up?
atau Salah dirinya sendiri yang tidak cuba membaiki diri dan beramal dengan konsisten?

Sungguh, Hidayah itu milik Allah swt. Dia berhak untuk memberi kepada sesiapa yang Dia suka.

Si Murabbi tidak dapat tidak mestilah sentiasa mengetuk pintu hati mutarabbinya yang bermasalah itu.

Si Mutarabbi itu pula, tidak dapat tidak mestilah cuba membuka sendiri hatinya supaya disinari dengan cahaya Allah swt.

Begitu juga si Daie dengan madhunya kerana Daie ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan dan mengajak madhunya kepada Islam.

Dan hati yang FAHAM tapi sudah mula condong kepada Jahiliyyah akan mudahlah terus tertarik kepadanya sedikit demi sedikit. Lama-lama terus menjadi seperti orang yang tidak pernah FAHAM. Na'uzubillahiminzalik.

Hati-hatilah menjaga hati.
Kerana Allah sentiasa tahu segala isi hati.

Friday, February 26, 2010

Penyaksian yang akan dipersoalkan

فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ

Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu.

(Al-A’raf 6)



Rasul telah menyampaikan dan melunaskan segala amanahnya.

Kita pula bagaimana?

Ada hujahkah kita untuk mengatakan kita sudah menyampaikan?
Adakah kita ingin menyimpan, memendam dan menyorokkan kebenaran yang kita telah saksikan?