Wednesday, October 6, 2010

Akidah yang Sejahtera

Terdengar perbualan saudara-mara yang mengatakan;

"Tidak boleh bernikah pada bulan Muharam dan Safar. Mereka dah rujuk pakar-pakar. Pakar-pakar itulah yang menasihati mereka supaya dapat mengelak daripada bernikah pada bulan-bulan tersebut"

Terkejut saya mendengar!
Sepanjang saya mengikuti program Baitul Muslim, tidak pernah lagi terdengar ada nas yang mengatakan hal yang sedemikian rupa.

Saya membantah dan mengatakan mungkin tidak benar. Mungkin kata-kata nenek moyang sahaja dahulu.

Daripada Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram seperti yang disebut dalam hadith tentang kelebihan berpuasa dalam bulan muharram. 

Janganlah kamu mengikuti kaum fatimi di Mesir yang menjadikan bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). 

Dalam islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Pakar manakah yang dirujuk itu?

No comments:

Post a Comment