Monday, October 26, 2009

Mengimbau Kembali


Kata-kata semangat antum di Rhaudatul Solihin...


"Dapat refresh kembali SH yang pernah diisi, harap akan dapat praktik sepenuhnya dalam diri."

"Amatlah RUGI kalau tidak berdakwah, sedang Allah tak akan rugi apa-apa."

"Jadilah umat yang mengganti, bukan yang diganti."

"Walaupun susah sekalipun, buktikan syahadah itu."

"Cabar diri kita, adakah kita muslim full-timer? Masing-masing ada kelemahan, tunjukkan kepada umat islam macam mana syahadah itu yang ada praktikalnya.

"Yang penting selalu bersama. Jangan seorang-seorang. Jangan pendam-pendam. Kena selalu buat luahan hati."

"Mungkin kita berada dalam keadaan yang lesu, jadi nak kena ada pembaharuan dan permulaan."

"Rindukan diri yang dulu bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam dakwah. Kesan potensi diri sendiri untuk islam dan dakwah."

"Kita terpilih untuk ke RS. Dakwah macam keretapi. Tercicir memang mungkin, tapi kena bangun dan kejar train."

"Kerja-kerja dakwah bukan sekadar untuk diri kita, tetapi juga untuk rakan-rakan sekitar kita yang lain. Apa ilmu yang dapat hari ini, disalur dalam bentuk amal. Amal ini akan dilihat oleh Allah."


Moga-moga ia terus subur dan subur dalam hati dan mengerakkan antum untuk terus bekerja~

Insya Allah....

Thursday, October 22, 2009

Shahwah Islamiyah

"Inna al-akh ash-shadiq laa budda an-yakuuna murabbiyan" (Sesungguhnya seorang akh yang benar harus menjadi murabbi)
Ustadz Dr. Abdullah Qadiri Al-ahdal


Ungkapan ini bukan sahaja doktrin agar setiap kader atau penggerak dakwah menjadi murabbi yang aktif mengajak, merekrut, dan membina umat kepada Islam. Namun, terkandung pemahaman mendalam tentang sebuah prasyarat bagi kebangkitan Islam (shahwah Islamiyyah).

Sesungguhnya kebangkitan kembali Islam memerlukan karakter atau peribadi sejarah seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, Ali bin Abi Talin, Mush'ab bin Umair, Abdurrahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Khadijah bin Khuwalid, Ummu Sulaim dan Aisyah Abu Bakar. Merekalah barisan pejuang yang mempunyai satu sahaja orientasi iaitu Allah swt. Mereka tidak lemah secara moral dan kewajipan ('adamul-wahn), tidak lemah secara jasad dan amal ('adamul-dha'fu) dan tidak jumud dalam berfikir ('adamul-istikanah). Mereka sentiasa mengajar umat dan juga sentiasa belajar dan mengambil pengajaran.

Menghadirkan kembali karakter seperti mereka bukan bererti haru meng'hadir'kan semula Rasulullah saw. Tetapi, dengan mengikuti kembali sunnah dan jalan yang dilakukan oleh Rasulullah dalam membina dan mencetak mereka, para rajulud-dakwah (pendukung da'wah) iaitu dengan Tarbiyah Islamiyah dan para mu'min yang secara sedar memposisikan diri sebagai murabbi.

Inilah prasyarat bagi shahwah Islamiyyah!
Jadi ungkapan bahawa seorang al-akh hendaknya menjadi murabbi bermakna jauh lebih besar dari sekadar doktrin.Tetapim sebagai upaya memenuhi prasyarat bagi kembangkitan Islam yang merupakan kewajiban semua orang dalam umat ini.

Kaedah Fiqh menegaskan, "Maa laa yatimu al-wajibu illa bihi, fahuwa al-wajibu" (sesuatu yang tidak sempurna bagi suatu kewajiban kecali dengannya, maka ia menjadi wajib)

Tuesday, October 20, 2009

CSKA Moscow vs Manchester United

Alhamdulillah, ketika ana sudah hampir setahun lebih dalam tarbiyah, perasaan untuk menonton bola sepak terutamanya EPL, Champions League atau yang datang dari sebelah barat sana itu semakin lama semakin hilang, pudar dan malap...

Bukan kerana kesibukan atau ketidak-sempatan, tetapi kerana sudah FAHAM serta dapat merasai mudahnya hilang masa dua jam lebih itu sebab apabila menontonnya kita akan dibuai, diulit dan diperbodohkan oleh mereka dengan begitu sahaja.

Sedangkan Palestin masih dalam kesengsaraan.
Sedangkan Khalifah Islam masih belum dikembalikan.
Sedangkan banyak lagi benda yang tidak dibaca, difahami dan diamalkan.
Adakah layak untuk ana bergoyang kaki menonton permainan mereka itu? Dapat apa?

Baik ana sendiri yang main!

Sesetengah daripada Kita, kesukaan dan keminatan yang fanatik terhadap sesebuah pasukan menyebabkan details every player, transfers, injuries, gossips dll boleh dan sempat lagi untuk diambil tahu dan dihafal.
Sedang sirah Rasulullah pun kita masih lagi tergagap-gagap.

Malah, ada yang sanggup bangun malam (ketika di Malaysia) untuk menonton pasukannya.
Ketika tiada siaran bola, tidak sangguplah pula untuk bangun qiam atau tahajud?

Apakah sikap kita jika kita akui diri kita ini adalah Dai'e yang sebenar?


p/s: Bagi ana, jangan jadikan DF sebagai 'alasan'...

Monday, October 19, 2009

Penyaksian kepada Kebenaran

(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t,
dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah)


“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (Al-Baqarah: 143)

Dakwah kita ditujukan kepada mereka yang beriman dengan Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama. Kita menyeru mereka;

Agar menjadikan Islam sebagai agama dalam realiti hidup mereka; Agar mereka berpegang dengan Islam baik secara individu atau secara kolektif; Agar mereka mempraktikkan segala kebaikan Islam; Agar mereka membentuk hidup mereka dalam konteks individu mahupun masyarakat dengan kebaikan Islam; Agar mereka melaksanakan segala rukun Islam dan menyokong segala teras Islam; Agar mereka menyemai nilai mulia dan keberkatan Islam di dalam keluarga mereka, saudara-mara mereka, masyarakat mereka dan sekolah mereka; Agar mereka mencorak urusniaga dan segala urusan ekonomi mereka menurut Islam.

Begitu juga kita mengajak mereka supaya melaksanakan segala tuntutan agama ini di dalam pertubuhan dan institusi negara dan membentuk dasar negara mereka berlandaskan ajaran Islam. Sehingga tiada lagi mana-mana sudut kehidupan atau mana-mana sistem yang ada sama ada sistem di kala perang atau aman, dasar hubungan antarabangsa, masalah ekonomi dan masalah sosial, semuanya dalam bentuk yang bersesuaian dengan nilai agama yang benar ini atau sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.

Ringkasnya, hala tuju dan sasaran kita ialah agar umat Islam mendokong kebenaran melalui kata-kata mereka di hadapan seluruh manusia, dengan pengakuan yang sebenar dan meyakinkan seluruh manusia tentang ajaran agama ini, meyakinkan mereka bahawa ajaran agama ini adalah ajaran yang benar.

Syahadah ini iaitu syahadah sebenar dan usaha ke arah memartabatkan agama hendaklah menjadi objektif utama seorang muslim dan suatu yang paling utama perlu diusahakannya.

Syahadah ini sepatutnya menjadi paksi yang memusatkan segala amalannya di dunia ini dan sepatutnya menjadi matlamat yang menggembeling segala tenaga dan usahanya.

Marilah sama-sama wahai umat Islam, hentikanlah segala amalan yang bercanggah dengan Islam atau yang mencemar nama baik Islam.

Nilailah segala amalan kamu.
Nilailah segala perkataan atau perbuatan yang kamu ucapkan atau kamu lakukan dengan neraca Islam yang sebenar.

Jauhkanlah segala perkara yang tidak diterima oleh neraca ini.

Arahkanlah segala jiwa raga kamu ke arah dakwah Islam. Jadikanlah Syahadah Al-Haq ini sebagai objektif utama kamu dalam hidup ini tanpa kamu mengenal erti penat lelah hingga kamu mampu membuktikan syahadah ini menurut cara yang sebenarnya. Sehingga segala elemen agama ini tertegak dan mampu dilihat oleh seluruh manusia seterusnya menjadi hujah Allah bagi mendakwa hambahambaNya yang ada di bumi ini. Agar tidak wujud lagi sebarang alasan untuk manusia kemukakan kepada Allah selepas ketiadaan para rasul. Demikianlah yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya dan benarlah segala firmanNya.


“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Nisa’: 165)