Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt atas kurniaan nikmatNya dan kesejahteraan untuk tiba ke Ramadhan pada tahun ini.
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewanya Allah bagi kepada hamba-hambaNya dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup manakala segala amalan ibadah dilipatgandakan ganjarannya.
Kalau dalam dunia hari ini kita ada MEGA SALE iaitu dapat membeli barang-barang dengan harga yang murah, tapi MEGA GANJARAN daripada Allah jauh lagi besar MEGAnya dan manfaatnya kepada yang berusaha melipatgandakan amalan-amalannya sepanjang bulan Ramadhan ini.
Dalam Ramadhan juga tedapat satu malam yang sangat bernilai harganya iaitu LailatulQadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Masya Allah.
Ramadhan juga adalah bulan madrasah. Kita masuk bulan ini untuk mentarbiyyah dan membina diri kita. Melawan nafsu, Istiqamah dalam membaca Quran dan Solat Sunat, Qiamulail, Zakat, Besedekah dan banyak lagi hikmah lain yang sudah tentu kita pernah hafal semasa SPM di sekolah dahulu.
Sebulan di-madrasahkan adalah untuk kita, dan apabila keluar dari Ramadhan, kita nanti akan mengharungi bulan-bulan lain sepanjang tahun dengan diri sudah terbina kekuatan dan amalan yang istiqamah. Insya Allah.
Jika 30 hari dalam bulan ini disia-siakan, adakah pasti kita akan menemuinya lagi pada tahun akan datang?
Untuk seorang daie, bulan ini pasti dimanfaatkannya gila-gila samada dari segi mutabaah amalannya dan juga amal dakwahnya. Peluang yang ada untuk dakwah terutamanya kepada famili dan saudara-mara sendiri mesti digunakan kerana bulan inilah kita akan dapat meihat mereka yang mencari kebaikan dan mengandakan ibadah. Mesti ada potensi besar untuk didakwahi.
Bagi sorang daie, dia juga yakin dan beriman dengan segala yang telah dijanjikan oleh Allah swt
Baik selamat ber-Ramadhan para mujahid ya ikhwati wa akhwati!
No comments:
Post a Comment