Sunday, September 19, 2010

Baitul Muslim (part 2)

Pada Jumaat malam lepas, ana sempat menghadiri majlis pernikahan seorang ikhwah London di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati. Ana kenal ikhwah ini sudah cukup lama iaitu sejak tahun 2000 lagi kerana kami pernah belajar di sekolah yang sama di Melaka.

Dulu dia seorang yang sangat 'lain' daripada dirinya sekarang ini. Atas kurniaan hidayah Allah dan juga usaha dakwah di tempat mana dia belajar, Alhamdulillah dia juga telah dipesongkan daripada dunia Jahiliyyah itu ke dunia sinar Islam yang terang-benderang.

Ana teringat suatu hari itu, ada seorang kenalannya di Moscow memberitahu ana yang si ikhwah ini telah tiba-tiba menjadi sangat 'ekstrem'. Itu haram, ini haram. Itu tak boleh, ini tak boleh dan lain-lain lagi.

Sebaik sahaja terdengar cerita itu, terus terfikir dalam kepala otak ana ... "erh, dia ni dah disentuh oleh dakwah ke..? biar betul...?" Ana sendiri masih tak percaya. "Mungkin tabligh kot..."

Terus sahaja ana berhubung dengan seorang ikhwah di Ireland untuk bertanyakan... 'Di London, ada tak ikhwah kita...? Siapa ya...?'

Jawapannya direct.. "ada, syed Roslan... kenapa akhi?"

Masya Allah! Sedikit mengalir air mata apabila terbaca nama itu di skrin YM....

Terus sahaja ana berYM dengannya dan Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dalam siri Jaulah Syitwaiiyah Russia kami ke UK dan Ireland pada cuti winter 2008 di London.

Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair

Moga beliau sekeuarga akan terus mantap dan semakin kencang setelah melangkah ke tangga ke-2 maratib amal.

Moga ana dan kita semua juga terus meningkatkan diri kita dengan kefahaman dan amal dakwah dalam usaha menyebarkan risalah ad-deen ini untuk seluruh umat manusia.



Alhamdulillah. Atas nikmat dan petunjuk daripadaNya, ikhwah dan akhwat telah berjaya memilih untuk mengambil langkah ini. Ia merupakan satu keputusan yang besar dalam kalendar hidup antum dan satu keputusan yang akan mengubah banyak perkara dalam hidup ini. Ia juga adalah satu fitrah penciptaan manusia dimana Allah telah menciptakan setiap jenis itu ada pasangannya. (al-zariyat: 49)

Selain menyahut sunnah Rasulullah dengan melanjutkan pernikahan ini, ia penting bukan juga untuk menyambung zuriat dalam meramaikan lagi umat Muhamad saw. Namun, setiap langkah mesti diatur dengan terbaik untuk menguatkan lagi momentum dakwah. Bahkan, memecutkan lagi arus dakwah yang dibawa oleh kedua-duanya itu.

Ujian, cabaran dan dugaan pasti akan datang tanpa dijemput. Penapisan dan pengikisan akan berlaku dan ia akan membantu dalam membentuk core yang lebih core supaya batu asas yang dibina sebelum ini tidak mudah roboh dimamah jahiliyyah dan sekutunya.

Salah satu perkara asas dan penting dalam pembinaan Baitul Muslim ini adalah pergantungan kita kepada Allah swt. Segala-galanya kita telah tawakkal dan harapkan yang terbaik dari Allah swt untuk dakwah dan tarbiyyah kita. 

Jadi, setelah kita berijab-kabul, maksudnya kita telah dengan rela hati dan bersetuju untuk menerima apa sahaja yang ada pada pasangan kita dan keluarganya. Suka atau tidak bukan lagi persoalan yang mesti diselesaikan oleh hati kita.

"Ada perkara yang kita tidak suka sangat, padahal ia baik untuk kita. Ada perkara itu kita suka sangat, walhal ia adalah tidak baik untuk kita. Dan Allah maha mengetahui segala-galanya."

Penerusan pergantungan kita kepada Allah swt tidak akan putus daripada awal hinggalah ke akhirnya kerana apa pun berlaku, kita sangat berserah kepada Allah swt.

Dengan menilai dan muhasabah diri kita tatkala berlaku permasalahan, kita akan dapat mengenal pasti yang puncanya adalah kerana kita sendiri tidak dekat dengan Allah. Bagaimana kita hendak cinta dan kasih sayang kepada makhluk ciptaan Allah, sedangkan dengan DIA pun kita tidak bercinta...?

Semoga yang akan mahupun yang telah melalui tingkat kedua maratib amal ini akan terus mempunyai rasa bergantung kepada Allah swt, bukannya kepada ilah-ilah yang lain.

Wallahualam.

2 comments:

  1. jzkk untuk post yang sgt bermakna. agak lama juga tak diingat2kan begini.

    ReplyDelete
  2. waiyyak...

    selamat membuat persediaan ya akh.. tak lama dah tu.. hehe

    ReplyDelete