Sunday, July 4, 2010

Haarithun ala Waqtihi

Ia adalah salah satu sifat daripada 10 muwasafat seorang Muslim yang kita ingin tekankan dalam tarbiyyah ini.

Mendengar sahaja perkataan ini, teringat diri ini yang masih banyak kali gagal dalam menjaga masa malah juga menepati masa. Walaupun ana tahu banyak kerja dan tugasan yang MESTI dilaksanakan, disiapkan dan dipenuhi, tetapi akibat tidak mahir dalam mengurus masa, beberapa perkara masih tertangguh atau terbengkalai terus. Kadang-kadang masa untuk hal A terlebih makan masa hal B. Maka, hal B pun tak dapat disiapkan apabila terpaksa pula beralih ke hal C.
  • Mesti ada planning mingguan!
  • Mesti ada jadual harian!
  • Mesti ada priority!
  • Mesti kena disiplin!
Itu sahaja tips yang dapat ana pelajari daripada kerugian masa yang telah dialami.

Dahulu waktu dalam semester, kita ada bagi alasan sibuk untuk fokus belajar. Dan apabila dekat dengan exam pula, kita bagi alasan sibuk untuk persiapan exam.

Sekarang macam mana ya akh? Waktu free banyak dahkan? 

Dimanakah janji-janji kita terhadap perkara yang tak dapat kita tunaikan sewaktu kita 'busy' dahulu? Di mana hafazan kita? Dimana buku-buku fikrah, sirah, muntalaq kita? Di mana mp3 kita? 

Masih ingin disimpankah sehingga semester baru menjelma?

Susunlah masa kita ya ikhwati wa akhwati. Jangan bazirkan masa-masa harian kita pergi belalu begitu sahaja.

Umat ini sangat berharap kepada kita.
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.