Monday, October 25, 2010

Baitul Muslim (part 4)


BerBaitul Muslim bukannya perkara yang hari ini terfikir dan esok sudah mahu berkahwin.

Proses ini adalah satu proses yang serius, terancang dan diputuskan oleh pasangan yang telah pun matang.

Jika antum hendak berkahwin hanya kerana semata-mata hendak mengHALALkan hubungan antum berdua yang kini tidak rasmi (contohnya: dapat keluar dan belajar bersama, dapat pegang tangan, dapat elak zina, dll) maka TUJUAN ini tidak sepatutnya menjadi sebab perkahwinan antum.

Boleh jadi semua perkara itu akan berulang-lagi jika antum tidak bertaubat dengan maksiat dan jahiliyyah dahulu itu.

......................................

Jika antum hendak berBM tetapi parents tidak membenarkan antum berkahwin lagi sekarang (masa belajar), bagi ana... maksudnya antum belum habis kerja untuk membuktikan kepada parents yang antum sudah bersedia untuk berkahwin.

Sebelum balik bercuti ini, istikharah memohon petunjuk dari Allah sama ada diri antum ini perlu/layak untuk kahwin sekarang. Mohon agar ia bukan datang dari nafsu dan tipuan syaitan.

Jika yakin, proceed untuk merancang pre-perkahwinan, proses berkahwin dan selepas akad (studies, wang dan ekonomi, anak, dakwah dan tarbiyah, masa hadapan). Buat SWOT. Semuanya mesti ditulis dan dirancang dengan details, bukan 'save' dalam otak gitu sahaja.

Kemudian proceed untuk calon antum. Istikharah moga ia adalah terbaik untuk antum hingga ke syurga demi menggerakkan lagi dakwah dan tarbiyah. Tawakkalna ala Allah.

Apabila balik bercuti, maka berbincanglah dengan parents. Parents mahu mendengar dari antum sebenarnya. Parents mahu melihat kematangan antum. Parents mahu antum ada perancangan untuk berkahwin. Parents tak mahu antum main-main dalam perkara yang besar ini.

Berbincanglah dengan mereka. Jika mereka tetap tidak benarkan, maka bersabarlah dan berdoalah agar parents terbuka hati dengan kesediaan diri antum untuk berBM ini.

Ada hikmahnya. Mungkin juga itu adalah petunjuk daripada Allah yang ia bukan masanya lagi untuk antum.

Maka, dengan itu... tinggalah si dia untuk seketika demi menjaga cinta antum dengan Allah swt. Apabila rasa sudah kembali yakin dan bersedia, mulakan kembali langkah di atas ditambah berdoa kepada Allah dengan penuh berharap agar proses kali ini dimudahkanBya. Insya Allah.

Nasihat utama ana : Elak sangat sangat sangat berkahwin tanpa kebenaran atau pengetahuan parents antum.

Thursday, October 21, 2010

Pandangan

Apabila dia masih ada rasa perkauman apabila memandang atau bermuamalah dengan non-malay, ana kira dia masih lagi bermasalah.

Kerana untuk seorang daie, non-malay sebenarnya adalah mad'u nya (objek dakwah) yang akan didakwahi untuk dibawah kepada memahami Islam.

Dan kalau dengan non-malay yang Muslim pun dia bermasalah, memang dia bermasalah sangat sangat.


Salah siapakah?
Kaum Cina dan India yang dibawa masuk oleh British telah kita tidak Islamkan mereka sejak dahulu. Maka sekarang kita melenting pula apabila mereka mula menyoal hak dan beberapa perkara yang kita rasa telah menggugat kepentingan Islam.

Tetapi, hak terbesar kita ke atas mereka, kita belum habis tunaikan...
iaitu menyampaikan Islam kepada mereka.

Di manakah kesatuan Muslimin?


Tatkala umat sedang bercelaru, hidup dipenuhi dan dilingkari dengan lumpur busuk jahiliyyah, riba dan hutang yang menjerut diri, sosial masyarakat yang semakin runtuh, fitnah-memfintah antara satu sama lain kerana politik dan kepentingan diri, rokok dan arak menjadi hiburan harian, dan bergaduh serta berperang sesama sendiri,

sehinggakan apabila masuk musolla, kelihatan semuanya mengangkat takbir seorang-seorang walaupun saling mengetahui mereka hendak solat Maghrib pada ketika itu.


Tatkala itulah fikrah ini datang...

Fikrah ini datang untuk mengembalikan ruh dalam umat Islam. Memahami, menghayati dan menghidupkan semula ruh-ruh kaum muslimin yang telah lama 'tidur' ditelan zaman.

Sungguh, fikrah ini telah berjaya menyatukan segolongan daripada umat ini untuk bekerja dan kembali hidup agar dapat mengejutkan umatnya.

Wahai para duat yang telah diberi petunjuk oleh Allah!

Bersyukurlah jika anda sudah dihidupkan!
Maka bekerjalah pula kamu untuk menghidupkan umatmu!


Wednesday, October 6, 2010

Akidah yang Sejahtera

Terdengar perbualan saudara-mara yang mengatakan;

"Tidak boleh bernikah pada bulan Muharam dan Safar. Mereka dah rujuk pakar-pakar. Pakar-pakar itulah yang menasihati mereka supaya dapat mengelak daripada bernikah pada bulan-bulan tersebut"

Terkejut saya mendengar!
Sepanjang saya mengikuti program Baitul Muslim, tidak pernah lagi terdengar ada nas yang mengatakan hal yang sedemikian rupa.

Saya membantah dan mengatakan mungkin tidak benar. Mungkin kata-kata nenek moyang sahaja dahulu.

Daripada Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram seperti yang disebut dalam hadith tentang kelebihan berpuasa dalam bulan muharram. 

Janganlah kamu mengikuti kaum fatimi di Mesir yang menjadikan bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). 

Dalam islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Pakar manakah yang dirujuk itu?