Sehingga hari ini ana jangka sudah ramai yang tiba di Malaysia untuk pulang bercuti. Namun, masih ada di beberapa tempat sebilangan pelajarnya sedang bertungkus-lumus bermujahadah menghadapi peperiksaan akhir semester ini.
Seseorang Muslim yang sudah faham itu percaya bahawa cuti summer kali ini boleh juga menjadi satu jalan untuk dirinya agar dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah swt.
Mungkin suatu yang pelik. Sedang cuti adalah waktu untuk masing-masing pergi melancong, bersenang-lenang, melepaskan tensi, bermain, bersuka-ria dan juga tidur lebih panjang seharian di rumah serta berehat bersama keluarga, kita pula menjadi orang pula berusaha untuk memanfaatkan cuti ini dalam membentuk diri menjadi Muslim yang benar-benar faham tanggungjawab dan peranan diri.
Bagi kita, waktu inilah sepatutnya menjadi masa yang terluang untuk meningkatkan kefahaman dalam Islam, mempelajari Islam dengan lebih mendalam dimana sukarnya kita nak dapatkan ilmu-ilmu itu ketika di Russia, melipat-gandakan ibadah, mengukuhkan lagi silaturahim dan juga menyumbang dalam aktiviti sosial masyarakat.
Ikhwat dan akhwat sudah semestinya bersedia (walau sedikit) untuk membawa agenda pengislahan (perubahan) yang telah kita sepakati dan fahami apabila balik ke Malaysia kepada keluarga sendiri, saudara mara dan juga terhadap masyarakat sekitar yang mudah untuk dirapati. Perubahan serta kefahaman Islam yang dilalui, didapati dan difahami itu mesti diteruskan dan disebarkan untuk dikongsi bersama supaya masyarakat kita pun semua dapat juga memahami Islam dengan lebih jelas.
Alhamdulillah, memahami Islam sebagai cara hidup apabila berada di luar zon selesa seperti di Rusia ini adalah lagi mudah untuk kita semua berbanding apabila berada di Malaysia di mana zon kelabu (baca : zon hitam dan zon putih bertindih) itu lebih luas dan pekat.
Ikhwah dan akhwat berkemungkinana akan terkeliru manakah satu hitam dan manakah satu putih?
Itu ini benar atau salah?
Itu ini berdosakah atau amalan normal masyarakat?
Adakah ia ada dalam Islam? atau Jahiliyyah yang dimodenkan?
Dan pelbagai lagi...
Ketidaksediaan mental, spiritual malah juga fizikal dalam menghadapi semua ini akan menyebabkan kita sebagai para daie semua akan berasa susah dan tercabar untuk 'maintain' dengan apa yang telah dilalui sepanjang tahun di bumi Rusia.
Malah, mungkin juga tumbang dengan tarikan-tarikan al-hawa yang masih bermaharajalela di pelusuk tanah air. Zon selesa di mana masjid, makanan halal, dan orang muslim yang berada di mana-mana sahaja boleh menyebabkan ikhwah dan akhwat akan terpedaya dan terasa begitu selesa sehingga menyebabkan sifat 'take for granted' tumbuh dalam hati dan diamalkan sepanjang cuti itu.
Selain program-program khusus yang bakal ikhwah dan akhwat lalui sebagi Refresh Iman dan juga EXTRA Pengisian sepanjang cuti ini, preventive measures atau langkah-langkah persediaan mesti juga dititik-beratkan bagi memastikan diri kita sendiri sentiasa istiqamah dalam mengejar mardhAtillah itu.
Antara beberapa perkara penting yang boleh dilakukan :
1) Cuba sedaya upaya untuk megejar solat lima waktu itu secara berjemaah di Masjid atau surau yang terdekat. Ataupun, mengajak family solat berjemaah bersama terutamanya waktu subuh dan maghrib atau isyak. Kalau kita boleh maitain di sini, mengapa tidak di Malaysia? Pengalaman di sekolah pada zaman lampau kita yang lalu, saya rasa sudah cukup untuk mengajar kita. Dulu, ketika di sekolah (yang berasrama terutamanya) bukan main lagi penuh solat jemaah, bahkan selalu pula menjadi Imam. Namun, apabila balik bercuti sekolah sahaja, Subuh hari pertama pun sudah ter-miss.... Ops, cukup lah zaman sekolah kita itu ya! Kita berubah kali ini bukan kerana sentimen-kan? bukan kerana paksa-paksa-kan? dan juga bukan kerana orang sekeliling kan? Insya Alah.
2) Membaca Quran setiap hari. Ya, macam biasa... Apabila cuti, sifat malas, berlengah-lengah dan suka tidur lama-lama akan mula slowly develop dalam diri kita. Kalau once kita start tangguh-tangguh nak baca Quran atau miss sahaja satu hari, tengoklah satu hari nanti penyakit itu akan terus melarat beberapa hari... Jangan sampai sepanjang cuti kita tidak sentuh Quran sudahlah ya!
3) Cuti ini jugalah untuk antum semua memanfaatkan masa membelek-belek buku-buku pengajian Islam, buku-buku usrah dan tak ketinggalan juga buku-buku pengetahuan am yang lain. Jika dahulu, ada alasan kurang masa kerana sibuk mengulangkaji pelajaran medik, namun kali ini sudah tiada alasan untuk mengelak. Insya Allah, the more a person acquires useful knowledge, the more he or she draws closer to Allah.
4) Lebihkan juga masa untuk ibadah khusus seperti Qiamulail. Hafazan surah-surah juz 30 yang tak cover lagi itu juga adalah amat sesuai untuk waktu cuti summer ini.
5) Tidak nafikan tujuan balik bercuti ini adalah untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing. Namun, ini bukanlah alasan untuk ikhwah dan akhwat semua skip atau escape program khusus mahupun general. Kualiti masa bersama keluarga sama ada berada di rumah atau pergi melancong ke mana-mana adalah lebih penting berbanding kuantiti masanya. Apa guna seminggu tinggal di rumah, tapi 'substance' semasa berada bersama keluarga adalah kosong?
6 ) Dan banyak lagi langkah lain yang antum sendiri dapat fikirkan...
Apapun, yang penting untuk semua adalah apa yang ada dalam diri itu sendiri dan peresediaan yang ingin dilakukan. Sesetengah keluarga mungkin akan ada berasa pelik sedikit apabila salah satu ahli keluarganya macam jadi 'baik' pula lagi-lagi apabila pulang dari luar negara. Hubungan baik sesama ahli keluarga mesti dijaga sebaik-baiknya kerana merekalah madhu utama untuk kita sampaikan mesej Islam ini. Usahlah terlalu keras dan terlalu taksub, takut-takut kita pula yang merana kelak.
Semua ini bukanlah ingin 'bertopeng baik' di rumah bersama keluarga, tetapi langkah-langkah itu adalah antaranya sebagai preventive measures untuk ikhwah dan akhwat sendiri.
Ingat bukan senang untuk maintain apabila pulang ke Zon Selesa ini WALAUPUN hanya DUA BULAN bercuti !!!
Tarikan TV, Makanan, Masa terluang yang panjang, Kawan-kawan lama dan macam-macam lagi benda boleh melalaikan andai kita tak berjaga-jaga...
dan Ingatlah Usrah dan tarbiyah kita itu kan 24 jam-365 hari...
Jadi, berusahalah dan carilah jalan untuk maintain dengan sebaik-baiknya...
CUTI UNTUK SEORANG DHUAT ITU BUKANLAH CUTI SEGALA-GALANYA...
wAllahu Alam...
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman" (51:55)
Semua ini adalah nasihat untuk diri sendiri dan zaujati juga =)
Selamat Bercuti!
salam akhi...
ReplyDeletejzkk utk perkongsian nih...
salam awe! hehehe... lama tak panggil enta dengan nama tuh.. jzkk for the info! =D InshaAllah, minta izin untuk kongsi dengan ikhwah lain di UK nih.. =)
ReplyDelete@ Farahin : Wsalam. Sama2.
ReplyDelete@ Kalamkalbu : Silalah syeikh.