Sunday, February 28, 2010

Jaga hati daripada tercondong


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (3:8)

Kadang-kadang kita ada mendengar ikhwah yang dulu-dulu disentuh dengan tarbiyyah lebih awal daripada kita dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dakwah sedikit-sedikit semakin menjauhi dan menghilangkan diri.

Apa sudah jadi sebenarnya?
Salah murabbinya tidak follow up?
atau Salah dirinya sendiri yang tidak cuba membaiki diri dan beramal dengan konsisten?

Sungguh, Hidayah itu milik Allah swt. Dia berhak untuk memberi kepada sesiapa yang Dia suka.

Si Murabbi tidak dapat tidak mestilah sentiasa mengetuk pintu hati mutarabbinya yang bermasalah itu.

Si Mutarabbi itu pula, tidak dapat tidak mestilah cuba membuka sendiri hatinya supaya disinari dengan cahaya Allah swt.

Begitu juga si Daie dengan madhunya kerana Daie ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyampaikan dan mengajak madhunya kepada Islam.

Dan hati yang FAHAM tapi sudah mula condong kepada Jahiliyyah akan mudahlah terus tertarik kepadanya sedikit demi sedikit. Lama-lama terus menjadi seperti orang yang tidak pernah FAHAM. Na'uzubillahiminzalik.

Hati-hatilah menjaga hati.
Kerana Allah sentiasa tahu segala isi hati.

Friday, February 26, 2010

Penyaksian yang akan dipersoalkan

فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ

Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu.

(Al-A’raf 6)



Rasul telah menyampaikan dan melunaskan segala amanahnya.

Kita pula bagaimana?

Ada hujahkah kita untuk mengatakan kita sudah menyampaikan?
Adakah kita ingin menyimpan, memendam dan menyorokkan kebenaran yang kita telah saksikan?


Tuesday, January 26, 2010

Agar tak kufur dengan nikmat ini

Kita yang sudah berada dalam sistem tarbiyah ini sepatutnya lebih menghargai nikmat iman dan islam serta kefahaman dan penghayatannya yang telah diberikan Allah kepada kita.

Banyak caranya termasuklah menyampaikan apa yang kita telah fahami kepada orang lain dan juga kita istiqamah mengamalkan apa yang kita telah pelajar dan fahami.

Temepelak daripada Allah swt kepada kita jika tidak bersyukur dengan nikmat-nikmatNya :

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah dia (dengan sikap tidak bersyukur): Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata) dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!

Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya."

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar."

daripada Surah Fussilat

Salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah adalah dengan melaksnakan fungsi diri kita sebagai seorang manusia ini; hamba kepada Allah swt dan khalifah Allah dalam menjaga bumi ini.

insya Allah.

Monday, January 25, 2010

Mutabaah Amal


Pada setiap kali liqa usrah kita, salah satu slot yang mesti ada adalah Mutabaah Amal. Ia adalah satu sistem untuk sama-sama kita menilai konsistensi atau istiqamah kita dengan amal-amal yang kita telah sepakati, plan dan janji dalam diri masing-masing untuk laksanakan dalam sepanjang hari.

Jika konsisten, Alhamdulillah. Bahkan akan boleh jadi motivating factor juga kepada ahli liqa kita yang lain. Jika berkurang, Alhamdulillah juga. Insya Allah, selepas itu kita akan dapat tahu etiology-nya yang membuat kita malas dan futur.

Tidak kira waktu sibuk, waktu exam ataupun waktu cuti, amal yang telah di-plan mestilah dilaksanakan. Insya Allah, dengan amal-amal inilah (walaupun sedikit-sedikit, tapi ikhlas) akan memberi saham kepada kita untuk kita terus kuat dan tsabat berada di jalan ini dalam mengejar Redha Allah.

Once kita dah start bermalas-malasan.... Ia sebenarnya adalah peluang untuk si syaitan menerjam hati kita. Syaitan dan Al Hawa dalam diri ini akan cepat sahaja menarik kita ke jalan salah. Nauzubillah.

"Mutabaah Amal ini bukannya satu beban, malah satu keperluan"

Wednesday, December 2, 2009

Jalan Dakwah hanya Satu




Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan).

Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan.

Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.

Saturday, November 7, 2009

Baitul Muslim part 1

Sejak kebelakangan ini, ramai yang datang merujuk dan berdiskusi dengan kami (ana & rafeeq) tentang Baitul Muslim atau perkahwinan.

Daripada yang berumur nak habis belajar tahun depan sehinggalah yang baru nak melangkah ke alam pengajian klinikal. Semuanya datang dengan penuh harapan agar dapat dibantu. Malah, ada yang terus sahaja menyerahkan kepada kami untuk mencarikan calon untuknya.

Alhamdulillah. Tiada perkataan lain yang saya patut ucapkan melainkan perkataan itu.

Saya rasa semakin ramai yang telah mempunyai kesedaran untuk berBM ini. Masing-masing hendak membuang jauh 'budaya couple-couple' dari diri masing-masing kerana tahu ia adalah salah di sisi Islam.

Kami tidak pernah menghalang untuk sesiapa datang berdiskusi atau sharing dengan kami tetang soal ini. Insya Allah, mana yang ada kami boleh share dan luahkan.

"Because Sharing is Loving"



Monday, November 2, 2009

Doa Rabitah

Dalam mathurat mu, bacalah doa ini dengan penuh khusyuk dan merasakan agar hati-hati kita semua - seluruh ikhwanul muslimin yang berjuang di jalan Allah merasai satu ukhwah yang kuat dan yang sentiasa berazam serta istiqamah untuk meniggikan kalimahNya.




Sesungguhnya Engkau tahu...
Bahwa hati ini telah berpadu...
Berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan,
Bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan,
Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya...
Tunjukkilah jalan2nya...
Terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam...
Ya Robbi... bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman...
Dan indahnya tawakal padaMu...
Hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalanMu...