Saturday, October 27, 2012

House Officer Made Easy

Semua orang kata housemanship life sangat busy!

Bagi ana - TIDAK

Ana pernah mempunyai seorang murabbi yang lebih super busy daripada ana!

Beliau bekerja seperti ana.
Beliau pergi usrah.
Beliau membawa usrah.
Beliau memegang jawatan besar dalam daerah.
Beliau menghadiri meeting-meeting tarbiyah.
Beliau mempunyai keluarga dan isterinya juga bekerja.
Beliau mempunyai beberapa orang anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian seorang ayah juga.
Beliau dapat menghafal quran dengan baik.
Beliau juga bangun malam.

Mujahadahnya sangat hebat!

Sehiggakan.. ana sangat segan untuk berkata kepadanya "Sorry akh, ana busy kerja-kerja housemanship."

Bukan ingin menabik dan mengagung-agungkannya.
Bukan berwala' kepadanya.

Tetapi inilah hasil tarbiyah yang dilalui olehnya, sangat inspired!

Ana selalu berpesan kepada diri ana, zaujah dan juga ikhwah bakal HO,
mari buktikan 'cerita-cerita dogeng dan dakyah-dakyah HO busy itu dikuburkan oleh ikhwah yang mujahadah melalui proses tarbiyah ini'.

Nanti antum dah bekerja, antum akan lihat colleague antum mempunyai pelbagai aktiviti lain juga selepas bekerja; tengok wayang, pergi keluar makan-makan, tengok bola, main futsal dan lain-lain program yang menghiburkan jiwa mereka bagi melepas stress bekerja.

Bukankah kita ada usrah sebagai tempat kita meng-recharge jiwa kita?
Bukankah kita ada ikhwah sebagai tempat kita curhat?
Dan kita banyak program setiap minggu yang boleh kita hadiri untuk memberi sumbangan...

Mari bangun solat malam.
Mari memenuhi solat jemaah.
Mari membaca Al-quran.
Mari membaca mathurat pagi petang.
Mari berdoa memohon kekuatan dan petunjuk daripadaNya.

Monday, October 25, 2010

Baitul Muslim (part 4)


BerBaitul Muslim bukannya perkara yang hari ini terfikir dan esok sudah mahu berkahwin.

Proses ini adalah satu proses yang serius, terancang dan diputuskan oleh pasangan yang telah pun matang.

Jika antum hendak berkahwin hanya kerana semata-mata hendak mengHALALkan hubungan antum berdua yang kini tidak rasmi (contohnya: dapat keluar dan belajar bersama, dapat pegang tangan, dapat elak zina, dll) maka TUJUAN ini tidak sepatutnya menjadi sebab perkahwinan antum.

Boleh jadi semua perkara itu akan berulang-lagi jika antum tidak bertaubat dengan maksiat dan jahiliyyah dahulu itu.

......................................

Jika antum hendak berBM tetapi parents tidak membenarkan antum berkahwin lagi sekarang (masa belajar), bagi ana... maksudnya antum belum habis kerja untuk membuktikan kepada parents yang antum sudah bersedia untuk berkahwin.

Sebelum balik bercuti ini, istikharah memohon petunjuk dari Allah sama ada diri antum ini perlu/layak untuk kahwin sekarang. Mohon agar ia bukan datang dari nafsu dan tipuan syaitan.

Jika yakin, proceed untuk merancang pre-perkahwinan, proses berkahwin dan selepas akad (studies, wang dan ekonomi, anak, dakwah dan tarbiyah, masa hadapan). Buat SWOT. Semuanya mesti ditulis dan dirancang dengan details, bukan 'save' dalam otak gitu sahaja.

Kemudian proceed untuk calon antum. Istikharah moga ia adalah terbaik untuk antum hingga ke syurga demi menggerakkan lagi dakwah dan tarbiyah. Tawakkalna ala Allah.

Apabila balik bercuti, maka berbincanglah dengan parents. Parents mahu mendengar dari antum sebenarnya. Parents mahu melihat kematangan antum. Parents mahu antum ada perancangan untuk berkahwin. Parents tak mahu antum main-main dalam perkara yang besar ini.

Berbincanglah dengan mereka. Jika mereka tetap tidak benarkan, maka bersabarlah dan berdoalah agar parents terbuka hati dengan kesediaan diri antum untuk berBM ini.

Ada hikmahnya. Mungkin juga itu adalah petunjuk daripada Allah yang ia bukan masanya lagi untuk antum.

Maka, dengan itu... tinggalah si dia untuk seketika demi menjaga cinta antum dengan Allah swt. Apabila rasa sudah kembali yakin dan bersedia, mulakan kembali langkah di atas ditambah berdoa kepada Allah dengan penuh berharap agar proses kali ini dimudahkanBya. Insya Allah.

Nasihat utama ana : Elak sangat sangat sangat berkahwin tanpa kebenaran atau pengetahuan parents antum.

Thursday, October 21, 2010

Pandangan

Apabila dia masih ada rasa perkauman apabila memandang atau bermuamalah dengan non-malay, ana kira dia masih lagi bermasalah.

Kerana untuk seorang daie, non-malay sebenarnya adalah mad'u nya (objek dakwah) yang akan didakwahi untuk dibawah kepada memahami Islam.

Dan kalau dengan non-malay yang Muslim pun dia bermasalah, memang dia bermasalah sangat sangat.


Salah siapakah?
Kaum Cina dan India yang dibawa masuk oleh British telah kita tidak Islamkan mereka sejak dahulu. Maka sekarang kita melenting pula apabila mereka mula menyoal hak dan beberapa perkara yang kita rasa telah menggugat kepentingan Islam.

Tetapi, hak terbesar kita ke atas mereka, kita belum habis tunaikan...
iaitu menyampaikan Islam kepada mereka.

Di manakah kesatuan Muslimin?


Tatkala umat sedang bercelaru, hidup dipenuhi dan dilingkari dengan lumpur busuk jahiliyyah, riba dan hutang yang menjerut diri, sosial masyarakat yang semakin runtuh, fitnah-memfintah antara satu sama lain kerana politik dan kepentingan diri, rokok dan arak menjadi hiburan harian, dan bergaduh serta berperang sesama sendiri,

sehinggakan apabila masuk musolla, kelihatan semuanya mengangkat takbir seorang-seorang walaupun saling mengetahui mereka hendak solat Maghrib pada ketika itu.


Tatkala itulah fikrah ini datang...

Fikrah ini datang untuk mengembalikan ruh dalam umat Islam. Memahami, menghayati dan menghidupkan semula ruh-ruh kaum muslimin yang telah lama 'tidur' ditelan zaman.

Sungguh, fikrah ini telah berjaya menyatukan segolongan daripada umat ini untuk bekerja dan kembali hidup agar dapat mengejutkan umatnya.

Wahai para duat yang telah diberi petunjuk oleh Allah!

Bersyukurlah jika anda sudah dihidupkan!
Maka bekerjalah pula kamu untuk menghidupkan umatmu!


Wednesday, October 6, 2010

Akidah yang Sejahtera

Terdengar perbualan saudara-mara yang mengatakan;

"Tidak boleh bernikah pada bulan Muharam dan Safar. Mereka dah rujuk pakar-pakar. Pakar-pakar itulah yang menasihati mereka supaya dapat mengelak daripada bernikah pada bulan-bulan tersebut"

Terkejut saya mendengar!
Sepanjang saya mengikuti program Baitul Muslim, tidak pernah lagi terdengar ada nas yang mengatakan hal yang sedemikian rupa.

Saya membantah dan mengatakan mungkin tidak benar. Mungkin kata-kata nenek moyang sahaja dahulu.

Daripada Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram seperti yang disebut dalam hadith tentang kelebihan berpuasa dalam bulan muharram. 

Janganlah kamu mengikuti kaum fatimi di Mesir yang menjadikan bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). 

Dalam islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Pakar manakah yang dirujuk itu?

Thursday, September 30, 2010

Menggoda...

DR. Musthafa As-Siba’i rahimahullah berkata:

Saya tidak mengkhuatirkan diriku digoda oleh setan melalui maksiat secara terbuka... akan tetapi saya khuatir setan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan baju ketaatan...

Setan menggodaku dengan wanita dengan alasan kasihan kepadanya... dan menggodamku dengan dunia dengan alasan agar tidak menjadi korban gonjang-ganjingnya...

Dan menggodaku untuk berkawan dengan orang-orang buruk dengan alasan demi memberi petunjuk kepada mereka dan menggodaku untuk bersikap munafik kepada orang-orang zalim dengan alasan ingin mengarahkan mereka...

Dan menggodaku untuk membuka keburukan lawan-lawanku dengan alasan demi melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan menggodaku untuk memecah belah jama’ah dengan alasan lantang menyuarakan kebenaran...

Dan menggodaku agar tidak memperbaiki orang lain dengan alasan sibuk memperbaiki diri sendiri dan menggodaku untuk tidak beramal dengan alasan ini sudah menjadi takdir...

Dan menggodaku untuk tidak menuntut ilmu dengan alasan sibuk beribadah dan menggodamkuuntuk meninggalkan sunnah dengan alasan mengikuti orang-orang shalih...

Dan menggodaku agar dengan alasan demi tanggung jawab di hadapan Allah dan menggodaku untuk berbuat zalim dengan alasan demi memberikan kasih sayang kepada mereka yang terzalimi...

Saturday, September 25, 2010

Baitul Muslim (part 3)

Semua manusia yang hidup pasti inginkan seorang pasangan dalam hidupnya.Yang bukan sahaja sehati sejiwa, namun yang mengimani satu cita-cita yang sama demi melangkahi satu perjalanan yang abadi hingga ke syurga.

Pernikahan merupakan sebuah fasa hidup yang terpenting dalam hidup manusia. Selepas berlaku sebuahnya akad, lelaki yang ajnabi menjadi seorang suami yang halal bagi seorang isteri. Sebuah maksiat bertukar menjadi pahala. Seorang yang asing menjadi ahli keluarga.

Bagi seorang muslim, moment pernikahan merupakan saat terpenting kerana dirinya sudah pun menaiki anak tangga, anak tangga untuk menuju sebuah ustaziayatul alam.


Tanpa adanya unit-unit baitul muslim ini, mustahil untuk dilahirkan masyarakat muslim, apatah lagi sebuah negara muslim.

Kerana itu kefahaman dan bekalan sebelum pernikahan itu teramat penting. Pernikahan bukan terjadi atas sahutan cinta mahupun nafsu. Ia adalah gabungan kefahaman, mahabbah serta cita-cita yang sama di atas jalan ini.

Selain menyahut sunnah Muhammad dengan melanjutkan pernikahan ini, pernikahan ini penting bukan juga untuk menyambung zuriat demu meramaikan lagi umat Muhamad. Namun langkah ini diatur demi menguatkan lagi momentum dakwah serta menjadikan masing-masing lebih melaju mengalir dalam arus dakwah. Benar ujian dan cabaran pasti mendatang. Namun inilah langkah diambil sebagai usaha untuk memastikan kami berterusan menjadi orang yang diredhai oleh Allah dalam membawa risalahNya.


وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ( at-taubah: 71)